Juwairiah Md. Jamil

Latar Belakang

Juwairiah Md. Jamil Berasal dari Kuala Nerang, Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam dan Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Kuala Nerang. Melanjutkan pendidikan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) Cawangan Nilam Puri, Kelantan (2004-2006) dan kemudian meneruskan pengajian di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur (2006-sekarang) dalam Sar­jana Muda Pendidikan Islam. Aktif dalam pertubuhan penulis dan karya-karya beliau sering diterbitkan di akhbar dan majalah.