Khairunnisa Hamzah

Latar Belakang

Lahir pada 3 Februari 1984. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Seni Bina (Architecture) dari UTM, Skudai. Pernah berkhidmat sebagai arkitek reka bentuk dan arkitek projek di agensi swasta dan kerajaan. Kini, berkarya dari rumah sepenuh masa sebagai pereka bentuk dan penasihat kediaman secara online dan menulis artikel tentang kediaman di blog,e-book, majalah tempatan, dan surat khabar. Aktif membuat perkongsian artikel di blog, majalah, surat khabar, seminar, pembelajaran secara online serta bengkel-bengkel khas di merata negeri. Kediaman dan perkhidmatan reka bentuk kediaman yang dijalankannya pernah tersiar di Malaysia Hari Ini (MHITV3), Safiyya (TV9) dan Inspirasi TVi Astro 180 (RTM). Turut menghasilkan buku cerita interaktif kanak-kanak. Beliau boleh dihubungi menerusi FB Khairunnisa Hamzah, e-mel khairunnisahamzahara@gmail.com dan blog http khairunnisahamzahara.blogspot.com.

Buku-buku Khairunnisa Hamzah