Mohammad Zaini Yahaya

Latar Belakang

Mohammad Zaini bin Yahaya dilahirkan di Felda Batu 8, Jitra, Kedah pada tahun1972. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Felda Batu 8. Seterusnya meneruskan pengajian menengah di Maktab Mahmud dan seterusnya di Kolej Islam Alam Shah, Selangor. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Fakulti Syariah dan Undang-undang di Universiti Al- Azhar pada 1995. Kemudian beliau melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Kini beliau merupakan seorang pensyarah di Jabatan Syariah,Fakulti Pengajian Islam, UKM. Beliau turut mempunyai pengalaman yang luas dalam penulisan buku teks KBSM selain aktif menulis buku-buku agama.