Mohd Azrul Azlen Abdul Hamid

Latar Belakang

MOHD AZRUL AZLEN ABDUL HAMID dilahirkan di Kedah dan mendapat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ijazah Sarjana (MA) dalam bahasa Arab juga di UIAM. Sedang menyambung pengajian peringkat Ph.D di Universiti Malaya dan kini menjawat jawatan pensyarah di UIAM. Berpengalaman dalam bidang motivasi dan kepimpinan serta aktif dalam penerbitan buku ilmiah dan artikel majalah. Layari blog beliau di http://mohdazrul.blogspot.com