Mohd Foazi Bin Md Nor

Latar Belakang

Beliau memperoleh Sijil Perguruan Asas dari Maktab Perguruan Pasir Panjang dan Sijil Perguruan Khas Pendidikan Jasmani dari Maktab Perguruan Ilmu Khas. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani dari Universiti Putra Malaysia dan Sarjana Pendidikan Sains Sukan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Beliau pernah berkhidmat sebagai guru akademik di Sekolah Kebangsaan Galing (1989–1993), Sekolah Kebangsaan Selarong (1993–1998), Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Remis (2001–2005) dan Sekolah Menengah Seri Manjung (2005–2010). Beliau juga pernah bertugas sebagai pensyarah akademik di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau (2010–2013) sebelum ke Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (2013–2014). Kini, beliau bertugas sebagai Pensyarah Akademik di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh sejak tahun 2015.