Mohd Rasyidi Al Alawiy

Latar Belakang

Beliau merupakan anak ketiga daripada tujuh orang adik- beradik. Hasil didikan, tarbiah dan dorongan daripada Ustaz Ali bin Yusoff (bapa) dan Aminah binti Othman (ibu), beliau berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Mu’tah Jordan, dalam bidang fiqh dan usul fiqh (Ijazah Sarjana Muda). Beliau dilahirkan di Negeri Serambi Mekah (Kelantan). Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Dato’ Hashim (SKDH 2), Maahad Tahfiz al-Quran Pulai Chondong (MTAQPC), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), dan seterusnya ke Jordan. Beliau pernah berkhidmat di Maahad Tahfiz al- Quran al-Asriah, Pasir Mas Kelantan sebagai guru al- Quran. Disamping itu, beliau juga sering menjadi Imam Tarawih jemputan di masjid atau surau pada bulan Ramadan. Kini beliau berkhidmat di Unit Penerbitan Buku Telaga Biru Sdn. Bhd. sebagai Editor Syariah.