Mohd Sufian Bin Omar

Latar Belakang

Dilahirkan pada 6 Januari 1987 di Kampung Semut Api, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Semut Api, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan selama 6 tahun. Beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang pada tahun 2005 hingga 2006. Seterusnya menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarajana muda di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik dengan kepujian pada 2010 dan memiliki opsyen minor dalam Bidang Sains Sukan. Beliau ditempatkan di SMK Seksyen 4 Kota Damansara, kemudian bertugas di SMK Bandar Sri Damansara 1 sebagai guru. Pernah terlibat dalam banyak perkhemahan peringkat daerah dan negeri dalam unit beruniform Kadet Bomba & Penyelamat. Pernah mendapat anugerah rambu pengakap muda serta telah ditauliahkan sebagai seorang guru penasihat Kadet Bomba & Penyelamat oleh Ketua Balai Bomba & Penyelamat Sungai Buloh pada tahun 2016.