Muhammad Fathi Yusof

Latar Belakang

Dilahirkan di Besut, Terengganu pada 26 Disember 1973. Mendapat pendidikan awal di SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin Batu Burok, Kuala Terengganu dan Kolej Islam Sultan Alam Shah. Lulusan Sarjana Muda Undang-undang dan Sarjana Muda Undang-undang (Syariah) dari UIAM, serta Sarjana Undang-undang (UKM) dan PhD dalam Undang-undang (UIAM). Kini bertugas sebagai Pensyarah Kanan di UTM Razak School dan Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan) di Pusat Kajian Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST), Universiti Teknologi Malaysia. Turut menulis buku-buku undang-undang dan syariah seperti Soal Jawab Undang-undang Kontrak, Institusi-institusi Islam dan Undang-undang Tanah di Malaysia. Kolumnis Majalah Al-Ustaz untuk ruangan Fikah Perkahwinan. Boleh dihubungi melalui emel fathi@utm.my