Muhammad Zuhaili Saiman

Latar Belakang

Muhammad Zuhaili Saiman dilahirkan pada 21.02.1987 di Sri Serdang, Selangor. Telah berkahwin dengan ‘Izzati Farhana Mahadzir dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang, Selangor, Maahad Tahfiz Ummul Qura, Pondok Kolam, Bachok, Kelantan, Maahad Darul Naim, Kubang Bongor, Melor, Kelantan, Maahad Tahfiz Ummul Qura, Sekolah Menengah Ugama Azhariah, Melor, Kelantan, ijazah (BA) di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Jabatan Syariah Islam, Universiti Al-Azhar, Kaherah, ijazah lanjutan (MA) di Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Jabatan Fiqh Am, Universiti Al-Azhar, Kaherah dan ijazah lanjutan dalam bidang Syariah Islam, di American Open University, Kaherah.