Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani

Latar Belakang

Anak kelahiran Kg. Seberang Baroh Kiri, Kuala Terengganu ini mendapat pendidikan awal di SK Pusat Chabang Tiga, Kuala Terengganu pada tahun 1986 -1991. Melanjutkan pelajaran ke SMA Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Terengganu pada tahun 1992-1998 hingga peringkat Thanawi. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dalam bidang Syariah. Berkhidmat sebagai guru di SM Imtiaz, Dungun pada tahun 2004-2005. Kini melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Syariah di UKM di samping bergiat dalam bidang penulisan dan dakwah.