Noorjehan Binti Baharudin

Latar Belakang

Penulis merupakan anak kelahiran Selangor. Mendapat pendidikan di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Mempunyai pengalaman dalam bidang kepimpinan dan perguruan. Aktif dalam penulisan di beberapa buah majalah. Mempunyai minat dan kesungguhan untuk berinteraksi dengan kanak-kanak. Kini berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Nurul Iman di Selangor.