Norfaradina Ab Ghafar

Latar Belakang

Norfaradina Ab Ghafar merupakan seorang mahasiswi peringkat ijazah sarjana muda di Queen Mary University of London, United Kingdom. Dilahirkan di Melaka pada 6 Januari, anak kelima daripada lapan beradik ini menerima pendidikan awal di SK Bertam Hulu, Melaka sebelum meneruskan pengajian peringkat menengah di SMK Sultan Alauddin, Melaka dan SMK Abu Bakar, Temerloh, Pahang. Seterusnya mengikuti program tahfiz di Darul Quran serta peringkat asasi di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Ibu muda kepada seorang cahaya mata lelaki ini kini menetap di London, United Kingdom bersama suami dan anaknya. Penulis boleh dihubungi di laman blog http://potatomommy.com/.