Nurkhadijah Binti Ab. Gani

Latar Belakang

Seorang anak kelahiran Johor Bahru yang lahir pada tahun 1982 ini mula mendapat pendidikan awal melalui ‘homeschooling’ semata-mata sehingga berumur 7 tahun baru mendapat pendidikan di sekolah rendah di SK Skudai pada tahun 1994. Beliau kemudiannya mendapat pendidikan menengah di Kolej Tunku Ampuan Mariam (KTAM) pada tahun 1995 – 1996 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru (SMKAJB) pada tahun 1997-1999 dalam jurusan agama tulen. Kemudian beliau melanjutkan pengajian di UIAM Petaling Jaya pada tahun 2000 sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan dan Ilmu Wahyu daripada UIAM Gombak pada Ogos 2005. Beliau juga merupakan suri rumah sepenuh masa kepada 4 orang cahaya mata. Beliau mula mengajar mengaji di rumah sejak tahun 2012, pernah menjadi tenaga pengajar al- Quran dan subjek agama tahun 2015 dan kini, beliau mengajar mengaji secara berkala di rumah dan masjid selain aktif sebagai kaunselor terlatih dan aktivis penyusuan susu ibu di Johor. Beliau juga pengasas Kad Imbas Khadijah, poster hijaiyyah Suka Mengaji dan pernah juga menulis E-Book Mendorong Anak Suka Membaca Al-Quran dan E-Komik Geng Suka Mengaji kat Rumah Cik Jah. Beliau boleh di hubungi di khadijahgani@gmail.com @ di khadijahgani.blogspot.my