Nurulhusna Binti Ramli (Husna Ramli)

Latar Belakang

Beliau merupakan seorang Guru Interim Dini yang kini berkhidmat di Maktab Mahmud Padang Terap. Beliau dilahirkan pada 23 Ogos 1991 di Hospital Alor Setar, Kedah Darul Aman. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Padang Terap selama 6 tahun. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Mahmud Padang Terap selama 5 tahun. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan dengan Kepujian pada tahun 2015. Selain itu, beliau juga berkelulusan dalam bidang Bahasa dan Kesusteraan Arab (major) dan dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh (minor).