Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Latar Belakang

Pahrol Mohamad Juoi ialah seorang penulis, kolumnis majalah, ketua editor, pencipta lirik, perangka modul, penulis skrip, pengacara tv serta jurulatih yang mengendalikan program latihan dan motivasi. Kini beliau bertugas sebagai Pengurus Besar dan Pengarah Penyelidikan di syarikat perunding Fitrah Perkasa Sdn. Bhd.. Bersama-sama sahabatnya di Fitrah Perkasa, beliau telah mengendalikan program latihan untuk lebih 100 buah badan kerajaan dan swasta. Di samping itu, beliau juga Ketua Editor majalah Solusi dan Ketua Pengarang Kumpulan Majalah Telaga Biru Sdn. bhd.. Beliau juga aktif dalam penulisan buku dan penulisan lirik lagu nasyid. Selain itu, beliau juga konsisten dan produktif menulis dalam laman blognya www.genta- rasa.com.