Prof. Dato‘ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Bin Abdul Majid

Latar Belakang

Dato‘ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Bin Abdul Majid dilahirkan di Kelantan dan mendapat pendidikan awal di Ma’had Muhammadi, Kota Baharu, Kelantan sebelum meneruskan pelajarannya di Akademi Islam Universiti Malaya. Mendapat ijazah sarjana dalam bidang Syariah Islamiyyah dari University of Kent dalam bidang Pengajian Asia Tenggara. Seterusnya beliau mendapat ijazah PhD. di Universiti Malaya dalam bidang Syariah. Pernah menjawat jawatan dekan Fakulti Syariah Universiti Malaya dan Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Beliau kini berkhidmat sebagai pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh. Dalam bidang penulisan, beliau telah menghasilkan 23 buah buku dan menyumbang artikel dalam 22 buah buku selain menjadi kolumnis majalah SOLUSI dalam ruangan Tajdid.

Buku-buku Prof. Dato‘ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Bin Abdul Majid