Prof. Dr. Sharaf Mahmud Muhammad Al Qudhah

Latar Belakang

Anak kelahiran Ajloun, Jordan. Beliau mewarisi keluarganya yang dikenali dengan gelaran “Al-Qudhah”, keluarga ini merupakan antara keluarga yang terkenal dalam bidang keilmuan di Jordan. Latar Belakang Pendidikan bermula dengan Pendidikan rendah di Madrasah Syeikh Hasan Habanakah al-Midani, Syria. Ijazah dari Universiti Damsyiq (1973), antara guru beliau ialah Dr. Nuruddin ‘Eitr, Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Bouti, Dr. Wahbah al-Zuhaili, dan Dr. Adnan Zarzour. Master (1975), dan PhD (1980) darI Universiti Al-Azhar. Kini, beliau berkhidmat sebagai Pensyarah Hadis di Universiti Jordan. Beliau sering terlibat dengan pelbagai seminar ilmiah di peringkat antarabangsa. Bahkan, beliau turut tersenarai dalam anggota Majlis Kesatuan Ulama’ Sedunia di bawah pimpinan Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi.

Buku-buku Prof. Dr. Sharaf Mahmud Muhammad al-Qudhah