Prof. Hj Muhd Kamil Ibrahim

Latar Belakang

Profesor Dr Muhd Kamil Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Prof MKI merupakan profesor perakaunan di UniKL Business School. Beliau lahir di Besut, Terengganu dan melanjutkan pelajaran di MRSM Pengkalan Chepa, Universiti Teknologi MARA, University of Dundee, Scotland dan University of Wales, United Kingdom. Prof MKI menulis banyak buku umum. Namun naskhah paling berkesan dan berterusan mendapat sambutan khalayak bertajuk Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman yang dianggarkan dibaca lebih sejuta orang. Ia telah diulang cetak berpuluh-puluh kali. Berdakwah melalui penulisan merupakan fokus Prof MKI. Namun beliau boleh dihubungi melalui Whatsapp 0193154444 untuk kursus atau kuliah motivasi kehidupan. Kesemua program adalah percuma atas dasar beliau telah mewaqafkan ilmu beliau kepada masyarakat. Facebook: Muhd Kamil Ibrahim.

Buku-buku PROF. HJ MUHD KAMIL IBRAHIM