Raudzah Roslan

Latar Belakang

Lebih dikenali dengan nama di kulit buku sebagai Roza Roslan. Dilahirkan di Segamat, Johor. Beliau merupakan pensyarah Universiti Teknologi MARA, Malaysia sebelum bersara pilihan mengikut suami berhijrah ke Madinah. Roza merupakan penulis buku-buku Travelog Cinta Abadi, Travelog Impian Abadi, Travelog Kehidupan Abadi, Kandil di kaki Gunung, 50 Tip Motivasi Haji, Ilmu Kehidupan, Bukan Sekadar Resipi,

Aroma antara Benua, Rumah kecil di Jabal Uhud, Tanyalah Diri, Hadiah Buat Suami, Di sebalik Niqab dan Perca.Beliau juga pernah muncul dipelbagai program penerbitan RTM, TV3, TV9 dan TV Al-Hijrah. Beliau pernah menjadi kolumnis majalah ANIS, SOLUSI dan akhbar KOSMO.