Rohidzir Rais

Latar Belakang

ROHIDZIR RAIS dilahirkan di Permatang Pasir, Pulau Pinang, mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Permatang Pasir dan Sek. Men. Sungai Dua. Melanjutkan pengajian ilmu-ilmu agama Islam di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan. Pengajian agama diteruskan di Ma’hadul-Azhar, Pokok Sena. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar di Damanhour, Mesir dalam bidang Syariah Islamiyyah. Aktif menulis dan menterjemah buku daripada bahasa Inggeris dan Arab ke bahasa Melayu. Berpengalaman dalam mengendalikan kursus-kursus fardu ain, al-Quran dan bahasa Arab. Kini berkhidmat sepenuh masa di Telaga Biru Sdn. Bhd. sebagai editor.