Saulah Dato' Haji Tajudin

Latar Belakang

Beliau dilahirkan pada tahun 1954 di Kubang Pasu, Kedah. Mendapat pendidikan awal di Madrasah Nahdhah Hasanah Melele, Kubang Pasu, Kedah. Beliau juga merupakan pendakwah bebas yang bergiat aktif dalam pertubuhan NGO dan pergerakan-pergerakan wanita Islam di Kedah. Beliau juga merupakan Fasilitator dan pegawai Runding Cara Keluarga yang dilantik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman untuk menangani permasalahan keluarga di Pusat Pembangunan Keluarga Islam.