Siti Nur Fatimah Hassan

Latar Belakang

Dilahirkan di Johor Bahru, Johor. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Perbandingan Agama (major) Sains Politik (minor) dengan Kepujian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Seterusnya beliau melanjutkan pengajian Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (DPLI), opsyen Pendidikan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Memulakan khidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Selangor dan kini berkhidmat di Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur.