Suraiya Binti Mohd Yusof

Latar Belakang

merupakan seorang guru Bahasa Arab yang kini sedang berkhidmat di SK Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan. Beliau berkelulusan dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam Ijazah Sarjana Muda Syariah. Kemudian, menyambung KPLI di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban pada tahun 2005 hingga 2006. Beliau ialah guru cemerlang yang berpengalaman luas dalam mata pelajaran Bahasa Arab sehingga dilantik menjadi panel Jawatankuasa Buku Teks KSSR Tahun 2 hingga 6 pada 2011 hingga 2015 dan Jawatankuasa KSSR Semakan Tahun 1 dan 2 pada 2016 dan 2017. Seterusnya, beliau juga ialah panel penggubal DSK/DSKP KSSR bermula pada tahun 2009 dan jurulatih Utama Kebangsaan KSSR (Bahasa Arab) pada tahun 2013 sehingga kini.