Thoyba Mursyidah

Latar Belakang

THOYBA MURSYIDAH atau nama sebenar beliau ialah Nuraini binti Ruzi. Berasal dari Kelantan Darul Naim dan dilahirkan pada 5 Februari 1990. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Pusat Jerteh, Besut, Terengganu. Seterusnya meneruskan pendidikan di SMK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu. Penulis muda ini melibatkan diri dalam kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang. Sekarang, beliau melanjutkan lagi pelajarannya di luar negara; Macquarie University of Sydney, Australia dan bakal mendapat ijazah sarjana muda pendidikan TESL.