Ummu Ammar

Latar Belakang

Ummu Ammar atau nama sebenarnya Nur Azian binti Buyong, seorang suri rumah berjiwa besar. Mempunyai kelulusan Bsc Sains Komputer dari Universiti Putra Malaysia. Mula menceburi bidang penulisan pada tahun 2003. Mula menulis buku prasekolah dengan salah sebuah buku penulisannya berjaya mendapat tender tadika perpaduan selama 2 tahun (Buku Kreativiti & Estetika tahun 2005- 2006). Seterusnya banyak menulis buku kanak-kanak dan sebuah buku umum. Buku yang pernah diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd ialah “Umi, Kenapa Wajib Tutup Aurat?” dan “Ensiklopedia Makkah untuk Anak-Anak” pernah memenangi Anugerah Buku Kanak-kanak Terbaik dalam Anugerah Buku Negara 2013.