Ummu Sakinah Muhammad

Latar Belakang

Ummu Sakinah Muhammad dilahirkan pada 3 november 1988. Beliau merupakan pemegang Ijazah Syariah dan Hukum dari Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta, Indonesia dalam bidang Perbandingan Mazhab dan Hukum fakulti Syariah dan Hukum.. Buku beliau yang pertama diterbitkan bertajuk, Nik Nur Madihah; Permata Generasi Rabbani. Kini beliau bekerja sebagai editor bagi sebuah majalah komik dakwah dan kolumnis di beberapa buah majalah tempatan. Beliau turut dikenali sebagai seorang blogger dan celoteh beliau boleh dibaca di celotehdaie.blogspot.com