Ustaz Ahmad Adnan Fadzil

Latar Belakang

Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil adalah anak kelahiran Tambun Tulang, Arau, Perlis. Mendapat pendidikan awal menengah di Sekolah Menengah Agama Alawiyah, Arau, Perlis (1986-1989). Kemudian melanjutkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar, Mesir (1992) sehingga memperolehi Ijazah Pertama (B.A) dalam Fakulti Syari’ah dan Undang-undang (Bahagian Perundangan Islam) pada penghujung tahun 1997. Seterusnya beliau melanjutkan lagi pengajian di peringkat Dirasah ‘Ulya (Pra M.A) berkembar INSANIAH-Al-Azhar selama dua tahun di Fakulti Syari’ah, Institut Pengajian Tinggi Islam Kerajaan Negeri Kedah (INSANIAH) dan berjaya memperolehi Diploma Dirasah ‘Ulya (Pengajian Peringkat Tinggi) dalam pengkhususan Fiqh pada tahun 2004. Kini beliau salah seorang anggota penasihat syari’ah Herba Penawar Al-wahida (HPA).