Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani

Latar Belakang

Beliau adalah seorang anak kelahiran dari Jerantut Pahang Darul Makmur. Mula mendapat pendidikan awal rendah di Sekolah Kebangsaan Damak Jerantut Pahang dan sekolah menengah di Sekolah Menengah Maahad Darul Anuar Kota Bharu dan Sekolah Menengah Maahad Muhamaadi Lelaki Kota Bharu. Kini beliau merupakan seorang pendakwah Bebas Kelulusan Universiti Al-Azhar dalam bidang Syariah dan Undang-undang, Pengasas Kompleks Darul Thibbun Nawawi, Penasihat Kompleks Ilmu al-Azhari, Timbalan Presiden Gabungan pengamal Perubatan Islam Malaysia (Gappima). Beliau sering dijemput untuk siaran TV dan radio seperti Tanyalah Ustaz, Zikir Hati, Semanis Kurma dan Rancangan Radio Ikim.fm.

Buku-buku Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani