Ustaz Azhar Yahya Al Batawi

Latar Belakang

Anak kelahiran Parit, Perak dan dibesarkan di Sentul, Kuala Lumpur ini mula mendapat pendidikan agama bermula di tangan kedua-dua ibu bapanya, kemudian di SAM Rawang, SAMT Kuala Kubu Bharu dan Kl-SAAS. Seterusnya, beliau mendalami bidang Syariah dan Perundangan Islam secara formal di Universiti Al-Azhar, Mesir dan UKM di samping menadah ilmu dengan para ulama terutamanya di Bumi Kinanah Mesir. Pernah bertugas di Unit berita Al-JAZEERA, Astro (2002-2007) dan kini beliau bertugas sebagai ketua Jabatan Mualamat dan Kewangan Islan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhamad (KUIZM).