Ustaz Fauwaz Fadzil Noor

Latar Belakang

Beliau merupakan graduan Universiti al-Azhar, Mesir dalam bidang Syariah Islam, dan dianugerahkan Sijil Kemahiran Fatwa daripada Badan Fatwa di Mesir. Beliau mempunyai ijazah ilmiah untuk mengajar kitab-kitab fiqh dan usul mazhab al-Syafi‘i yang diperoleh daripada ulama-ulama Mesir seperti Dr. Saad Jawish dan Syeikh Syaltut.Beliau berkemahiran dalam usul fiqah serta fiqah perubatan dan sebagainya. Beliau juga merupakan ahli Persatuan Ulama Sedunia yang  dipengerusikan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Beliau merupakan bekas Pensyarah Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan bekas Pengarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Asasi KUIN. Merupakan speaker jemputan JAKIM, menjadi salah seorang fasilatator untuk menyiapkan modul fatwa untuk JAKIM, panel penggubal fatwa JAKIM dan penggubal silibus kitab turath. Selain aktif dalam bidang dakwah di seluruh Malaysia, beliau membentang lebih 20 kertas kerja di peringkat akademik, kebangsaan dan negeri serta menterjemah lebih 15 buah buku. Selain itu, beliau juga aktif menyampaikan ceramah di televisyen dan radio serta merupakan Kolumnis majalah Solusi, al-Ustaz dan Gen-Q terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.. Kini beliau bertugas di Telaga Biru Sdn.Bhd. sebagai konsultan syariah.