Ustaz Mohamad Haidir Hussin

Latar Belakang

Berasal dari kampung Parit Lapis, Mukim 5, Batu Pahat, Johor. Lahir pada hari Ahad, 7 Muharam 1385H, bersamaan dengan 9 Mei 1965M. Bapanya bernama Haji Hussin bin Ibrahim bin Muhammad berasal dari Tanjung Keling, Melaka. Ibunya bernama Hajah Fatimah binti Haji Ilyas bin Hasan Basri berasal dari Martapura Banjarmasin, Kalimantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama Parit Lapis, Batu Pahat, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad, Muar, Sekolah Agama Dumper Rendah dan Tinggi serta Sekolah Agama Bandar Maharani dan Madrasah Lughah al-Quran Muar, Maahad Johor, Johor Bahru dan kemudian ke al- Azhar, Mesir. Kini, beliau menjawat jawatan sebagai pensyarah di Jabatan Tahfiz, Kolej Pengajian Islam, Johor (MARSAH). Beliau sempat berguru dengan ulama-ulama terkenal, antaranya Syeikh Ali Jumaah Mantan Mufti Mesir, Sohibus Samahah Dato’ Hj. M. Tahrir b. Dato’ Hj. Samsudin Mufti Negeri Johor, Syeikh Muhammad Nuruddin bin Abdullah Marbu al-Banjari al-Makki, Ustaz Mokhtar Abdul Aziz, Ustaz Salleh Sanwan, Datin Ustazah Rohana, Ustaz Khudairi, Ustaz Jaafar dan ramai lagi.

Buku-buku Ustaz Mohamad Haidir Hussin