Ustaz Mohd Zahid Bin Zulkifly

Latar Belakang

Dilahirkan pada 28 November 1987 di Pekan,Pahang. Merupakan lulusan ijazah sarjana muda Pendidikan Islam di Universiti Malaya dan sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana Pendidikan Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia. Berpengalaman luas sebagai penulis buku latihan Pendidikan Islam peringkat menengah dengan syarikat Pelangi dan buku rujukan Pendidikan Islam peringkat menengah dengan syarikat Penerbit Ilmu Bakti. Kini bertugas sebagai seorang guru Pendidikan Islam di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan.