Ustaz Mohd Zamri

Latar Belakang

Ust. Mohd Zamri Mohd Zainuldin dilahirkan di Tanjung Karang, Selangor. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Pengajian Islam dari Universiti Hashemite, Zarqa’, Jordan. Beliau adalah Pengarah Urusan Mantop Training and Consultancy. Populariti yang diraihnya dianggap sebagai batu loncatan untuk bergiat aktif dalam aktiviti dakwah. Penceramah yang sinonim dengan program “Mari Mengaji” terbitan TV9 ini berjaya mencuri hati penonton mengenai cara bacaan al-Quran dengan betul dari aspek tajwid, fasohah, qiraat dan taranum.