Ustaz Muhammad Luqman Makhtar

Latar Belakang

Ustaz Muhammad Luqman Makhtar merupakan editor majalah Solusi sejak isu ke-55. Bekas Pensyarah Kolej Komuniti ini merupakan lulusan Sarjana Muda Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Buku ini hasil tangan kedua beliau selepas X-plorasi Surah-surah Al-Quran. Ikuti tulisan bulanan beliau dalam ruangan Jejak Sahabat (Solusi), Fiqah Maskulin (Gen-Q) dan tidak lupa juga kupasan isu bulanan Solusi. Berukhuwahlah dengan beliau di Facebook: Muhammad Luqman Makhtar.