Prof. Madya Dr. Muhammad Sabri Sahrir

Latar Belakang

Prof. Madya Dr. Muhammad Sabri Sahrir dilahirkan pada tahun 1975 di Pulau Pinang. Mula menjadi pendidik di sekolah memengah di Pulau Pinang dan Selangor sebelum menyertai UIAM pada tahun 1999. Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana daripada Universiti Malaya dalam Linguistik Bahasa Arab, Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan daripada University Of Jordan, Amman dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pendidikan dalam bidang Teknologi Pengajaran UiTM Shah Alam. Kini beliau bertugas sebagai Pensyarah Bahasa Arab dan Teknologi Pengajaran di Jabatan Bahasa dan Literasi, Kuliyyah Pendidikan UIAM, Gombak Kuala Lumpur. Merupakan penulis buku Panduan Belajar Bahasa Arab untuk Jemaah Haji dan Umrah terbitan Telaga biru Sdn Bhd.