Ustaz Nazori Bin Ab Rahman

Latar Belakang

Merupakan anak kelahiran Terengganu. Mendapat Pendidikan Menengah di Sek Men Agama di Terengganu. Kemudian menyambung pelajarannya di Kolej Islam Klang pada tahun 1986 dan seterusnya ke peringkat Diploma Pendidikan Bahasa Arab di KUSZA. Seterusnya ke UKM untuk Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1996. Berkhidmat sebagai guru selama 23 tahun di beberapa buah sekolah di Pahang. Terakhir bertugas sebagai guru PQS di SMK Agama Pahang Muadzam Shah. Kini sedang cuti belajar Hadiah Latihan Persekutuan KPM di peringkat Sarjana Quran dan Sunnah di UKM. Terlibat secara langsung dalam subjek PQS di peringkat kebangsaan dan negeri Pahang. Sering mendapat jemputan ceramah, seminar dan bengkel PQS di sekitar negeri Pahang dari tahun 2008 hingga kini