Dr. Muhammad Nidzam Abdul Kadir

Latar Belakang

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu manakala pendidikan menengah di Maktab Mahmud, Alor Setar, sebelum ke peringkat diploma di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA)(1995-1998). Kemudian, beliau menimba sedikit pengalaman pondok di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Seterusnya, menyambung pengajian di Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Universiti al-Azhar, Kaherah dan sempat mengikuti kursus peringkat sarjana di American Open University, Kaherah. Beliau juga berkelulusan sarjana dari UIAM dan Doktor Falsafah dari UM serta kini, berkhidmat sebagai pensyarah di UIAM. Di samping aktif dalam dunia penulisan agama, beliau banyak mengendalikan kuliah agama di masjid dan surau serta terlibat dengan program-program TV dan radio.

Buku-buku Dr. Muhammad Nidzam Abdul Kadir