Ustaz Umar Muhammad Nor

Latar Belakang

UMAR MUHAMMAD NOOR. Dilahirkan di Bekasi, Indonesia pada 5 Oktober 1977. Penulis buku, kolumnis dan ilmuwan ini memulakan pendidikan formalnya dalam ilmu agama di Maahad Annida al-Islami. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Jakarta dalam bidang Tafsir Hadis. Selanjutnya, beliau mendapat kelulusan Master dari Fakulti Usuluddin di Universiti Islam Omm Durman dalam jurusan al-Sunah wa ‘Ulum al-Hadis. Antara guru beliau ialah KH Muhammad Muhajirin Addari, KH Dr. Ali Mustafa Ya‘qub, Dr. Nurudin ‘Itr, Syeikh Riyad al-Khiraqi dan ramai lagi. Beliau boleh dihubungi menerusi e-mel umarmnoor@yahoo.com.sg.