Ustazah Azura Binti Ibrahim

Latar Belakang

merupakan guru yang sedang berkhidmat di SMK Dato Mohd Taha, Negeri Sembilan. Beliau berkelulusan dalam Diploma Pengajian Islam (al-Quran) dan al-Sunnah (2006) di UniSZA dan memperoleh Ijazah Muda Pendidikan Islam (Pengajian al-Quran) (2011) di Universiti Malaya. Selain itu, beliau juga berpengalaman sebagai Setiausaha Pentaksiran Tingkatan 3 (2016) dan Jurulatih Kebangsaan KSSM (2018). Beliau juga pernah terlibat sebagai penulis kreatif bagi program realiti Imam Muda 1 (2010) dan program realiti Ustazah Pilihan (2011)) dan penyelidik kreatif bagi Imam Muda 2 (2011).