Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria

Latar Belakang

Berasal dari Taiping, Perak. Telah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari UIAM. Kini merupakan Pakar Motivasi dan Pengarah Urusan IBS EXCEL TRAINING AND CONSULTANCY. Mendapat tunjuk ajar secara langsung daripada Dato Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah selama 4 tahun. Mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam lapangan motivasi korporat dan kekeluargaan. Merupakan personaliti TV dan radio, yang sering muncul dalam rancangan Tanyalah Ustazah TV9, 3 Ustazah Astro Oasis, Motivasi Pagi TV3, RTM 1, TV Al- Hijrah, Rancangan terbitan JAKIM, Motivasi Pagi Radio IKIM FM, Salam FM, Radio Perak serta merupakan penulis buku dan artikel majalah.

Buku-buku Ustazah Noor Laila Aniza binti Zakaria