Wan Hassan Wan Ismail

Latar Belakang

Wan Hassan Bin Wan Ismail dilahirkan pada 8 September 1953 di Kuala Terengganu. Berkelulusan BA (Hons) Geografi di Universiti Malaya, M. Sc dalam Urban and Regional Planning di University of Strathclyde, Glasgow dan Certificate in City Planning 11 di Tokyo. Merupakan ahli korporat Pertubuhan Perancang Malaysia dan ahli lembaga Perancang Bandar Malaysia. Beliau bertugas sebagai Pegawai Perancang Bandar dan Desa di Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung (JPBDSM) dari 1980 hingga 2011. Sebelum bersara, beliau pernah menjawat jawatan Pengarah JPBDSM di Pejabat Projek Zon Timur, Kuala Terengganu. Berpengalaman mengembara ke 30 buah negara di benua Eropah, Afrika, Timur Tengah, Asia dan Ocenia selain telah melawat 150 buah bandar raya dan bandar terkemuka di dunia.