Wan Mohd Azhar Bin Wan Mahamod

Latar Belakang

Dilahirkan di Kampung Alor Pasir, Wakaf Bahru Kelantan. Jawatan kini sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, merupakan lepasan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Johor Bahru. Berpengalaman sebagai Guru Pendidikan Islam selama lebih dari 22 tahun serta perintis kepada Kaedah Jawi BDN. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Kepujian Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Universiti Kebangsaan Malaysia. Anugerah tertinggi yang pernah di menangi ialah Pingat Emas Peringkat Kebangsaan Sempena H INOVASI UKM 2017 dan Pingat Emas Peringkat Kebangsaan Pertandingan Inovasi Sempena Konvensyen Pendidikan Guru BPG KPM 2014 serta Anugerah Guru Inovatif Kategori sek Rendah Negeri Perak 2017.