Zaid Akhtar

Latar Belakang

Zaid Akhtar atau nama sebenarnya ialah Mohamad Yazid Abdul Majid. Beliau dilahirkan di Endau, Mersing pada 16 April 1977. Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Teluk Lipat, Endau dan di SMKA Segamat sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang bahasa Arab di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan (1995-2000). Kemudian beliau meneruskan pengajian sehingga beroleh Sarjana Pengajian Bahasa Moden (bahasa Arab) di Universiti Malaya (2007-2010). Kini, selain daripada mengajar di sekolah selaku guru bahasa Arab, Zaid turut menyambung pengajiannya ke peringkat doktoral di Universiti Putra Malaysia.