Zoraida Mustafa

Latar Belakang

Zoraida Mustafa berkelulusan Sarjana Muda (BA) Bahasa dan Kesusasteraan Jepun dari Universiti Kanazawa, Jepun pada 1995, seterusnya mengikuti pengajian Sijil Guru Bahasa Jepun (Long-Term Foreign Japanese Language Teachers Program) di Kita Urawa International Japanese Language Center, Saitama, Jepun pada 1996. Selepas itu, beliau mendapat Sarjana (MA) Bahasa Jepun dari Universiti Hiroshima pada 2002 dan mendapat Doktor Falsafah (PhD) Bahasa Jepun juga dari Universiti Hiroshima pada 2006. Beliau pakar dalam bidang bahasa dan budaya Jepun, pengajian bahasa Jepun, linguistik bahasa Jepun, pendidikan bahasa Jepun, perbandingan linguistik bahasa Jepun dan kesusasteraan Jepun. Beliau pernah menjadi guru bahasa sementara pada tahun 1999, seterusnya menjadi pensyarah sementara pada 2007 dan kini merupakan pensyarah kanan di Universiti Malaya. Beliau berpengalaman menjadi pengerusi panel penilai untuk Naskhah Sedia Kamera Buku Teks Bahasa Jepun, Tingkatan 2, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia, panel penilai Kajian Prasarana Program JAD (Anjuran Yayasan Ilmuan), ahli panel bagi Mata pelajaran Bahasa Jepun, Bengkel Kerja Konsep Bahasa Buku Teks, KSSM dan Panel Readers Buku Teks KBSM: Bahasa Jepun Tingkatan 5.