Zuriana Binti Abas

Latar Belakang

Anak kelahiran Durian Tunggal, Melaka ini merupakan guru prasekolah yang kini bertugas di Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Benut di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Pontian, Johor. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Teknologi dan Sains Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta Diploma Pendidikan dari IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Beliau pernah menerima anugerah Johan Anugerah Guru Inovatif (Kategori Prasekolah) Peringkat Kebangsaa pada tahun 2015 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2013. Kini, beliau sedang mengikuti Kursus Sarjana Psikologi Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai secara separuh masa dan sering menerima jemputan ceramah berkaitan inovasi-inovasi yang dihasilkan bagi prkembangan awal kanak-kanak di peringkat sekolah dan swasta.