1.0 Pendahuluan

Telaga Biru Sdn. Bhd. merupakan syarikat penerbitan yang aktif menerbitakan bahan bacaan Islam di Malaysia. Kami mengalu-alukan anda untuk menyertai kumpulan penulis di bawah Telaga Biru Sdn. Bhd. dengan menghantar skrip yang berpotensi menjadi sebuah buku yang cukup bermanfaat buat semua lapisan masyarakat.

Nak tahu lebih lanjut tentang skrip apakah yang kami perlukan? Teruskan membaca!

2.0 Genre

Penulis boleh menghantar apa jua bentuk skrip kepada penerbit yang berkaitan dengan salah satu genre di bawah:
  • Hadis.
  • Ensiklopedia/Buku Rujukan.
  • Doa.
  • Syariah.
  • Wanita & Keibubapaan.
  • Kanak-kanak.
  • Motivasi.
  • Umum.

Terdapat beberapa genre yang disenaraikan di bawah yang bukan menjadi keutamaan penerbit buat masa sekarang dan perlu dielakkan:
  • Novel/Cerpen.
  • Masakan.
  • Kamus.
  • Cerita dongeng/khayalan.
  • Gosip/kontroversi.
  • Puisi/syair/sajak/pantun.

    3.0 Item dalam Skrip

    Penulis hendaklah menghantar skrip yang mengandungi perkara berikut:
    • Sinopsis.
    • Skop penulisan.
    • Objektif penulisan.
    • Sasaran pembaca.
    • Keperluan skrip diterbitkan.
    • Isi kandungan lengkap.
    • Biodata ringkas penulis.

      4.0 Kriteria Skrip

      Skrip yang dihantar hendaklah memenuhi kriteria berikut:
      • Mempunyai unsur Islam dan nilai murni walaupun genre yang berbeza.
      • Dibahagikan kepada enam pecahan utama:
      1. Kata pengarang.
      2. Pendahuluan.
      3. Kandungan perbahasan.
      4. Penutup/Kesimpulan.
      5. Glosari.
      6. Bibiliografi (Rujukan).
      • Halaman berkaitan kata aluan/sokongan, penghargaan, dedikasi, dan seumpamanya adalah berbentuk pilihan. Jika dapat disertakan, itu lebih baik dan menjadi tambah nilai kepada skrip.
      • Bagi format penulisan pula:
      • Perisian: Microsoft Word.
      • Saiz: A4.
      • Jarak antara baris (Spacing): 1.5.
      • Jenis tulisan: Times New Roman, Cambria, atau lain-lain.
      • Saiz tulisan: 12.
      • Bahasa: Melayu, dengan ejaan dan susunan bahasa yang kemas.
      • Muka surat:
        Jenis Buku Bilangan Muka Surat Catatan
        Ensiklopedia, Buku Rujukan 300> -
        Syariah, Hadis, Doa, Wanita & Keibubapaan, Motivasi. <300 Muka surat boleh dilebihkan jika perbahasan panjang.
        Umum <200 -
        Kanak-kanak, Buku kecil <100 Contoh: panduan ringkas, himpunan doa dan zikir.
      • Bagi nas al-Quran dan hadis, maklumat yang diperlukan ialah:
      • Al-Quran: teks dan terjemahan ayat, nama dan nombor surah, nombor ayat.
      • Hadis: matan hadis, nama perawi sahabat, riwayat (spt. Al-Bukhari, Muslim, dan sebagainya), terjemahan hadis.
      • Penulis boleh melakar dan mencadangkan maklumat berinformatif dalam skrip seperti gambar, carta, peta minda, dan sebagainya.
      • Skrip yang dihantar bukanlah milik orang lain, disalin tampal (copy paste), atau masih berada di bawah hak penerbit lain.

        5.0 Penghantaran Skrip

        Penulis hendaklah menghantar manuskrip dalam dua bentuk:

        1. Soft copy: manuskrip lengkap dalam bentuk Microsoft Word yang tidak dicetak. Manuskrip ini hendaklah dihantar kepada kami selepas mendapat maklum balas bahawa manuskrip setuju untuk diterbitkan.

        2. Hard copy: Manuskrip perlu dicetak dan diserahkan kepada kami untuk dibuat penilaian terlebih dahulu. Manuskrip ini perlu dipos atau dihantar melalui unjuk tangan ke alamat berikut:

        Telaga Biru Sdn. Bhd.
        28, Jalan Tembaga SD 5/2A,
        Sri Damansara Industrial Park,
        52200 Kuala Lumpur.
        (u.p.: Jabatan Penerbitan Buku - Puan Husna Hassan)

        6.0 Proses Penilaian

        Skrip yang dihantar dan diterima oleh Telaga Biru Sdn. Bhd. akan dinilai terlebih dahulu oleh panel penilai penerbit, sama ada diterima untuk diterbitkan atau tidak. Proses ini mengambil masa selama 2-3 minggu dan selepas itu, maklum balas akan diberikan kepada penulis.

        7.0 Kontrak Perjanjian

        Skrip yang diterima selepas penilaian akan dimasukkan ke dalam senarai terbitan dan suatu perjanjian penerbitan akan dibuat antara penerbit dan penulis. Bagi tujuan ini, maklumat yang diperlukan ialah:
        • Nama penuh (spt. dalam kad pengenalan).
        • Nombor kad pengenalan.
        • Alamat surat menyurat.
        • Nombor telefon terkini yang boleh dihubungi (hp/rumah).

          8.0 Penerbitan Skrip

          Setelah perjanjian penerbitan dibuat, proses suntingan dan reka letak akan dimulakan. Secara umum, kesemua perkara ini mengambil masa kira-kira 3 bulan, tanpa sebarang kekangan dan kerja lain yang perlu disegerakan. Pada peringkat pembetulan kedua (2nd print), satu salinan skrip akan diberikan kepada penulis untuk disemak dalam tempoh satu minggu. Selepas itu, pembetulan tersebut hendaklah dimaklumkan kepada penerbit.

          9.0 Penolakan Skrip

          Skrip yang diputuskan penerbit untuk tidak diterima akan dimaklumkan kepada penulis. Maka, penulis bebas untuk menerbitkannya dengan penerbit lain.

          10.0 Rujukan

          Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Husna Hassan di talian 
          03-62754070 atau 03-62768057 atau boleh e-mel kepada tbsbpublication@telagabiru.com.my untuk sebarang maklum balas.

          Bersama Kami !

          Langgan e-mel untuk menerima pelbagai info tentang produk terbaru, promosi istimewa dan banyak lagi. Soon..