Al Quran Al Karim Dengan Panduan Wakaf & Ibtida Berserta Hukum Tajwid (2 Perjuzuk)

ISBN

9555-056-300-600

Tarikh Terbit

Aug, 2019

Produk Kod

TBAQ 1028

Harga

RM105.00

Sinopsis

Membaca al-Quran dengan betul atau bertajwid adalah wajib hukumnya. Oleh itu, seseorang yang ingin memaca al-Quran, dia mestilah mempelajari tajwid al-Quran. Pembelajaran tajwid al-Quran merangkumi bidang dari makhraj dan sifat huruf, hukum-hukum tajwid sehingga mengetahui wakaf dan ibtida’.

Dalam al-Quran ini yang diberi nama Al-Quran Al-Karim Dengan Panduan Wakaf Dan Ibtida’ Beserta Hukum Tajwid mengandungi dua elemen penting dalam bacaan al-Quran iaitu:

1. Panduan hukum tajwid yang diwarnakan pada teks al-Quran terdiri daripada lima hukum iaitu:

a. Merah: Dengung

b. Biru: Bacaan tebal ketika wasal,

c. Hijau: Panjang 4 atau 5 harakat,

d. Coklat: Qalqalah,

e. Oren: Panjang 6 harakat.

2. Panduan wakaf dan Ibtida’ yang diwarnakan pada luar latar belakang teks al-Quran terdiri daripada 3 warna iaitu:

a. Merah: memberhentikan bacaan pada kalimah yang berada di hujung warna merah dan memulakan bacaan pada kalimah yang berada di awal warna merah.

b. Hijau: memberhentikan bacaan pada kalimah yang berada dihujung warna hijau dan memulakan bacaan pada kalimah yang berada di awal warna hijau. Fungsi ini sama sahaja dengan fungsi warna merah, Cuma ianya bertindak sebagai satu tempat berhenti yang lain sekiranya ayat itu masih panjang.

c. Biru: memberhentikan pada perkataan yang berwarna biru dan memulakan bacaan pada perkataan selepasnya.

Alquran yang mungkin anda minat