ISBN

978-967-388-049-2

Kod Buku

TBBK 1202

Tarikh Terbit

May, 2011

Jumlah Muka Surat

256

Sinopsis

Doa dan zikir mampu menjadi motivasi diri untuk menguatkan rohani dan jiwa. Ahli psikologi mengatakan apa yang minda kita mampu fikir, kita mampu buat. Fikiran minda itu ialah doa dan zikir. Apabila kita berdoa kita membayangkan (visualise) natijah yang ingin kita capai. Segala kekuatan lahir, pengalaman, kemahiran dan kekuatan batin daripada tenaga dalaman akan dipadukan untuk mencapai apa-apa yang dihajatkan.  Apabila diketengahkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian doa dan zikir  mampu menjadi  senjata yang ampuh.

Selain itu doa dan zikir  juga perlu melalui adab dan kaifiat untuk mendatangkan kesan yang optimum. Doa dan zikir  adalah suara hati. Namun jika doa dan zikir  itu dari hadis bermakna pemohon membawa suara hati Rasulullah s.a.w. untuk memohon dari Allah s.w.t. Sudah tentu impaknya lebih kuat.

Pada masa yang sama doa tidak pula menghalang kita daripada berusaha. Orang yang bukan Islam juga berdoa menggunakan kaedah mereka yang tersendiri. Mereka juga berjaya menempa kecemerlangan. Buku ini mendedahkan segala persoalan berkaitan doa dan zikir  dalam kehidupan seharian berserta teks lengkap, adab dan motivasi untuk kita amalkan.

 

Review/Pertanyaan buku