ISBN

978-967-388-118-5

Kod Buku

TBBK 1255

Tarikh Terbit

Apr, 2013

Jumlah Muka Surat

241

Sinopsis

Banyak hadis yang diriwayatkan telah menceritakan betapa Rasulullah SAW ialah seorang individu yang menitikberatkan soal kesihatan dan cara memeliharanya. Bagaimanakah kaedah pengubatan yang Baginda lakukan? Adakah tatacara pemakanan yang sekian lama kita lakukan bertepatan dengan kaedah yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW? Apakah fadilat dan kelebihan di sebalik pengubatan dan nutrisi Baginda? Maka buku yang menjadi tatapan pembaca ini menjadi pilihan yang tepat bagi menghuraikan persoalan-persoalan sekitar pengubatan dan pemakanan Rasulullah SAW.

Hal ini kerana buku ini menyajikan hadis-hadis pilihan yang menggambarkan pemakanan Nabi SAW secara sempurna. Maklumat-maklumat saintifik berkaitan yang ringan dan mudah untuk difahami. Memudahkan pemahaman pembaca dengan gambar rajah, carta dan tip berguna. Oleh itu, buku ini sesuai menjadi panduan yang terbaik bagi umat dalam mengatur pemakanan dan pengubatan bertepatan dengan gaya Rasulullah SAW agar menjadi teladan untuk diikuti oleh umatnya. Semoga buku ini membawa sebanyak mungkin manfaat dan pedoman buat kita bersama.