ISBN

978-967-388-223-6

Kod Buku

TBBK 1347

Tarikh Terbit

Feb, 2016

Jumlah Muka Surat

272

Sinopsis

Kejahilan dan kedegilan mesti diperangi oleh senjata. Senjata itu ialah kasih sayang. Kasih sayang itulah inti pati akhlak yang menjadikan perjuangan Rasulullah dan para sahabat diterima dengan baik oleh manusia tanpa mengira warna kulit, masa dan tempat. Insyaallah kejayaan ini boleh diteladani dan diulang lagi pada masa kini jika kita berjaya menegakkan akhlak islamiah dalam diri,keluarga dan masyarakat.
Karya ini juga merupakan sebahagian usaha meneruskan legasi ulama dalam menyampaikan hadis Nabi dalam bacaan yang padat dan sesuai dengan keadaan semasa masyarakat moden hari ini. Penulis menyentuh pelbagai isu penting dan sangat wajar diambil perhatian oleh setiap individu serta warga masyarakat. Antaranya isu rasuah, aurat, etika berinteraksi, tatacara dalam organisasi, menjadi VVIP di Mahsyar, persediaan sebelum menuju akhirat, akhlak sebagai tanda aras tahap keimanan dan banyak lagi yang amat menarik untuk ditekuni dengan insaf.

Kelebihan 1

Kandungan isi dan hadis dalam buku ini diadun dan dihuraikan secara ringkas tetapi padat dan santai.

Kelebihan 2

Gaya bahasa yang dapat membuatkan pembaca mudah memahami maksud yang mahu disampaikan oleh penulis.

Kelebihan 3

Menyediakan banyak bimbingan terhadap isu-isu semasa yang semakin rencam dan mempunyai kepelbagaian sudut pandang.

Kelebihan 4

Sesuai untuk tatapan pembaca yang inginkan solusi segar bagi mengembalikan ummah ke landasan yang sebenar menuju keredaan Allah.